Tuesday, November 25, 2008

JALAN YS. KG. KIBAGU, IMPIAN DAN HARAPAN

Pendahuluan

Kg Kebagu dan Kg Numbak Kuala Menggatal merupakan dua buah kampung tradisi yang terletak di Daerah Kota Kinabalu di kawasan Dewan Undangan Negeri N.12 Karambunai dan Parlimen P.171 Sepanggar.

Kg Kebagu mempunyai kira-kira 45 buah rumah dan penduduk dianggarkan seramai 300 orang. Di kampung ini terdapat sebuah sebuah sekolah rendah yang menampung keperluan penduduk Kg Kebagu dan Kg Numbak.

Sejak pemindahan penduduk Kg Sabang, Kg Lok Madas, Kg Lok Buta dan Kg Lok Poring ke Kg Numbak akibat pembinaan Pengkalan Tentera Laut Sepanggar, Kg Numbak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: Bahagian pertama adalah rumah asal dan rumah skim penempatan Ko-Nelayan yang mengandungi 210 buah rumah. Bahagian kedua adalah penempatan semula penduduk Kg Sabang, Kg Lok Madas dan Kg Lok Buta yang mengandungi sebanyak 433 buah rumah. Manakala bahagian ketiga pula adalah penempatan semula penduduk Kg Lok Poring yang mengandungi sebanyak 138 buah rumah. Ketiga-tiga bahagian di Kg Numbak ini dianggarkan mempunyai penduduk seramai 4500 orang.

Sebelum dihubungkan oleh jalan raya penduduk kedua-dua kampung ini menggunakah pengangkutan laut dan sungai untuk pergi ke Kota Kinabalu dan Pekan Menggatal melalui Sungai Menggatal dan Sungai Unggun.

Kini, satu-satunya jalan yang menghubungkan kampung ini dengan jalan besar ialah Jalan YS Kg Kibagu ke Sulaman Highway.

Jalan inilah yang menjadi nadi utama untuk menghubungkan kedua-dua kampung ini dengan Pekan Menggatal dan Bandaraya Kota Kinabalu di mana penduduk kampung bekerja, berniaga dan mendapatkan bekalan keperluan harian. Biarpun begitu masih ada juga penduduk yang masih menggunakan laluan laut terus ke Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya golongan nelayan yang menghantar terus hasil tangkapan mereka.

Biarpun jalan yang sedia ada kurang memuaskan dan memerlukan penyelenggaraan dari masa ke semasa akibat sering rosak oleh penggunaan yang kerap, Keadaan ini semakin bertambah buruk apabila tiba musim hujan. Jalan licin di bahagian curam dan becak teruk di bahagian rendah.

Tidak cukup dengan itu, ibarat jatuh ditimpa tangga, ibarat parah ditambah luka, perbuatan yang tidak bertanggungjawab pemaju dan kontraktor 1Borneo melonggokkan tanah dan bahan buangan sisa binaan di sepanjang jalan tersebut semakin menjadi-jadi. Kegiatan ini telah berlaku sejak mula pembinaan megamall tersebut.

KES

Kegiatan membuang tanah dan sisa bahan binaan(konkrit, batu, besi, kayu dan lain-lain) di sepanjang jalan ke Kg. Kibagu dan Kg. Numbak Kuala Menggatal.

Persoalan:

Adakah pemaju 1Borneo mendapat kebenaran dari pihak berkenaan berbuat demikian seperti dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK), Jabatan Perlindungan Alam Sekitar(JAS) dan pemilik tanah tersebut(samada tanah kerajaan atau persendirian)?Ini kerana alasan pekerja yang ditemui membuang tanah di situ menyatakan tanah tersebut dibuang ke situ untuk meninggi dan meratakan kawasan tersebut atas permintaan tuan tanah.

Akibatnya:

Lori besar yang mengangkut muatan tanah dan sisa binaan bangunan tersebut telah merosakkan jalan kampung menyebebkan jalan tersebut sukar dilalui oleh kenderaan biasa. Keadaan semakin buruk pada musim hujan.

Muncul pula kegiatan sampingan setinggan yang tinggal di sekitar kawasan binaan 1Borneo. Antaranya ialah kegiatan mencari besi dan papan buangan. Besi dikutip untuk dijual manakala kayu dan papan digunakan untuk membina rumah setinggan.

Timbunan tanah yang banyak akan dihanyutkan ke sungai berhampiran apabila musim hujan. Kejadian ini akan menyebabkan sungai semakin cetek dan sempit mengakibatkan banjir sering berlaku di kawasan berkenaan.

TERJEJAS

kes yang dilakukan oleh pemaju dan kontraktor 1Borneo telah menjejaskan perhubungan penduduk kampung dengan bandar dan pekan terdekat. Penduduk yang terjejas ialah:

Kg Kebagu 45 buah rumah, Kg Numbak Skim Penempatan Ko-Nelayan 200 buah rumah
Kg Numbak Penempatan Kg Sabang,Lok Buta,Lok Madas 33 buah rumah, Kg Lok Poring 138 buah

JUMLAH 816 BUAH RUMAH

Anggaran bilangan penduduk yang terjejas 5000 orang

HARAPAN

1. Projek menaiktaraf jalan ini akan segera dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan keperluan dan keadaan yang semakin mendesak. Sistem perhubungan yang baik ini diharapkan akan dapat memperbaiki ekonomi dan produktiviti masyarakat kampung yang terlibat dengan pendapatan isi rumah yang semakin meningkat kerana peluang pekerjaan dan perbiagaan semakin terbuka luas.

2. Pemaju dan kontraktor 1Borneo segera menghentikan kegiatan yang tidak bertanggungjawab mereka dan membaiki kerosakan yang telah dilakukan sementara projek menaik taraf jalan tersebut dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

3. Kewujudan Kompleks Membeli belah mega 1Borneo akan memberi impak yang positif kepada perkembangan sosio ekonomi masyarakat setempat seperti peluang pekerjaan dan perniagaan.

(Artikel ini saya pernah terbitkan dalam www.cebagoo.today.com pada 12 Mac 2008 dengan tajuk Jln. YS Kg. Kibagu Menderita. Artikel ini adalah gambaran pada ketika itu. Kini, setelah 1Borneo telah siap dan beroperasi masalah lori kontraktor 1Borneo telah selesai. Tetapi MASALAH BARU IALAH KEGIATAN LORI PROJEK TAPAK BINAAN HOSPITAL DAN SEKOLAH PERUBATAN UMS yang mengangkut tanah menggunakan jalan tersebut mengakibatkan jalan rosak teruk)

video

8 comments:

  1. Pada pandangan saya kata sepakat membawa berkat saya cadangkan di sini tidak salah sekiranya kampung-kampung yang terlibat membuat satu jawatankuasa bertindak bagi membuat memorendom bantahan kepada pihak yang terlibat bagi membaiki jalan kg. Kibagu ni.Jika selama ini kita hanya suarakan kepada yang berkenaan tetapi tidak ada hitam putih sudah tentu pihak-pihak yang telibat hanya tutup mata, dengan adanya jawatankuasa daripada kampung yang terlibat menghantar bantahan berserta minit mesyuarat dan memerendom saya percaya ada pihak yang akan mengambil kira keadaan ini. Salinan memorendom hantarkan kepada semua pihak yang terlibat.Ini saya suarakan atas pengalaman saya dalam membuat memorendom bantahan bom batu di Bandar Sierra di mana kami di bawa berdialog dengan pihak-pihak yang berwajib, syukur masalah itu buat sementara waktu dapat di atasi.Ini adalah antara cadangan yang mungkin boleh menyelesaikan masalah tersebut.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen dan cadangan. Sememangnya tindakan bersepadu melalui Jawatnkausa Bertindak dan dialog seperti itu salah satu cara penyelesaian yang saya fikirkan.

    Namun sebelum mengambil keputusan tersebut saya perlu memberi peluang kepada Wakil Rakyat, ADUN N.12 dan MP P.171 menyelesaikannya di samping menggunakan hubungan dengan pihak atasan di peringkat persekutuan dan negeri menyampaikan permasalahan tersebut.

    Saya tidak berani mengatakan YB kita tidak menjalankan tugasnya atau gagal menyelesaikan masalah tersebut, tetapi mungkin gambaran jelas keadaan jalan tersebut tidak jelas kerana persepsi pihak atasan terhadap jalan tersebut adalah 'jalan kampung dalam bandar' menyebabkan ia diletakkan dalam senarai '2nd priority'. Maklumlah Mereka lebih menumpukan bajet ke kawasan kampung pedalaman akhirnya kampung dalam bandar terpinggir.

    Sebab itu saya telah menggunakan platform Pemuda sepanggar menghantar laporan bertulis dan permohonan kepada Kem. Kerja Raya, DBKK dan Kem. Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW).

    Saya juga telah membuat satu permohonan melalui YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dengan bantuan Ketua Bahagian baru kita juga, Jumat Idris.

    Di samping itu saya teruskan usaha memberi gambaran sebenar kepada umum kesengsaraan 'jalan kampung dalam bandar' ni melalui media masa seperti surat khabar dan media alternatif seperti blog ini. Kerjasama orang ramai menyampaikan maklumat sangat penting untuk menjayakan usaha ini.

    InsyaAllah jalan tersebut akan diambil perhatian oleh kerajaan dalam sedikit masa lagi.

    MJ

    ReplyDelete
  3. Mungkin 10 atau 20 tahun akan datang ( kalau panjang umur - mudah-mudahan )yang mungkin ketika itu bro MJ dah jadi Ketua Bahagian atau Wakil Rakyat Karambunai ( insyaalllah )baru lah agak nya jalan ke kg numbak dan kebagu di turap sepenuhnya. Sudah masuk penggal kedua saudara MJ jadi Ketua Pemuda, harapan saya agar sinar menjelma. Memasang Impian dan Harapan itu tidak salah tetapi yang teramat penting adalah tindakan. Malu juga kita kalau jalan ke kampung Ketua Pemuda tidak sempurna.

    Semoga Sukses

    myhalimunan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Saya Suriani Binti Abdul Rahman merupakan pelajar Diploma Ukur Bahan di Institusi Politeknik Kota Kinabalu. Sebagai penuntut semester 5 di Politeknik KK, saya dan kumpulan saya (4 orang kesemuanya) telah ditugaskan untuk mengkaji kes yang berkaitan dengan kejuruteraan awam. Oleh yang demikian, kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk mengkaji kes tentang Jalan Yayasan Kampung Kibagu yang menderita disebabkan oleh pembinaan megamall 1Borneo. Hasil daripada pencarian maklumat yang kami jalankan, kami mendapati setelah pembinaan megamall tersebut siap, kini jalan tersebut mengalami masalah yang sama apabila pembinaan sekolah perubatan di UMS Sabah sedang giat dijalankan. Sehubungan dengan itu, kami sangat berharap agar pihak Encik dapat membantu dari segi maklumat yang encik ada agar kami dapat mengumpul maklumat mengenai masalah yang ingin kami kaji ini. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Encik Joh Bin Hj. Wid kerana dengan blog seperti ini, beberapa persoalan mengenai masalah kami sedikit sebanyak telah terjawab. Ditambah lagi dengan gambar-gambar yang ada kini dapat menguatkan lagi kajian kes ini.

    ReplyDelete
  5. Salam tuan Jo,
    Teruskan usaha yang baik. Semoga dapat memberikan kemudahan infrastruktur yg baik kepada masyaakat sekeliling.

    Semoga Allah taala memberi kekuatan dan kebijaksanaan atas usaha yang mulia.

    Salam Hormat,
    Roslan S.

    ReplyDelete
  6. salam hormat...
    saya baru sahaja melalui jalan tersebut lbh kureng 2 x... terkejut, kecewa, hairan bagaimana kawasan tersebut terpinggir dan mcm hutan saja.. tetiba ums n 1b ada pulak... ni kawasan tmpt buang sampah ka apa

    ReplyDelete
  7. 13.06.2013 8am - Rupanya sdh 5thn blog ni tulis..So skarang jalan raya belum siap,rumah penduduk kg kebagu plak yg akan jadi sasaran untuk di robohkan..pemaju sudah menyukat beberapa rumah penduduk kg.kebagu yg kununnya bakal dirobohkan tanpa sebarang notis..mengejut2 datang p rmh org siap naik lagi p rumah orang..skarang penduduk terlibat sdang dlm keadaan marah dan sedih mengenang nasib rumah masing2..d manalah mereka tinggal nanti..mana pemimpin yg bertanggung jawab untuk memebela hak n nasib org2 kampung?..takkan selepas undi BN baru kejadian ni berlaku..pls lah ambil tindakan segera..

    ReplyDelete