Saturday, November 15, 2008



MESYUARAT PERTAMA UMNO BAHAGIAN SEPANGGAR
Perkuatkan UMNO Menghadapi SAPP di Sepanggar

Pertama sekali saya merakamkan tahniah kepada Jumat Hj. Idris(lebih mesra dengan panggilan CHIEF) kerana telah terpilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Sepanggar dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepanggar pada 8hb Nov 2008 lalu. Begitu juga kepada Ykub Khan dan Puan Hajah Zaitun Dtuk Hj Kassim yang masing-masing telah terpilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian dan seluruh barisan AJK.

Tahniah juga kepada Jawatnkausa lantikan: Mohd Razali Razi (Setiausaha), Datuk Hj Arshad Hj Idris(Bendahari), Tuan Hj. Mentoh Aru(Ketua Penerangan), Pn. Normah Alip, Tuan Hj. Amir Hamzah OT Arif dan Basri Ag. Besar@Usup(AJK).

Mesyuarat pertama UMNO Bahagian Sepanggar di bawah pimpinan Ketua Bahagian Encik Jumat Hj. Idris baru sahaja berlangsung di Balai Raya Kg. Darau Laut pada jam 9.30 pagi tadi.

Pemilihan Kg. Darau sebagai tempat pertama kerana UMNO bermula dari kampung dan kekuatan UMNO juga berada di kampung. Langkah ini merupakan satu penghargaan kepada rakyat akar umbi yang selama ini meletakkan UMNO pada asas kekuatan yang kukuh.

Beberapa polisi yang diketengahkan oleh Jumat yang menarik minat saya ialah:
i. Polisi tiada kumpulan. Yang telah terpilih memegang jawatan dalam pemilihan yang lalu atas ketentuan Tuhan, kepada yang dikekalkan adalah satu pengiktirafan ke atas tugas yang perlu diteruskan manakala yang baru menerima jawatan adalah ujian untuk menunjukkan kebolehan. Sesungguhnya pemberian itu adalah satu amanah yang perlu dipikul. Yang terpilih ini tidak akan dikategorikan sebagai kumpulan yang berbeza. Khidmat mereka diperlukan sebagai satu pasukan untuk sama-sama berkhidmat kepada ahli dan rakyat.
ii. Perlantikan pengerusi biro dan AJK berdasarkan kepada merit. Setiap Ahli Jawatan Kuasa perlu mengemukakan kertas cadangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing untuk dinilai bagi memudahkan Ketua Bahagian membuat agihan tugas.

Tiga perkara yang perlu diambil perhatian atas pesanan YAB Timbalan Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak ialah:
i. Kenapa ahli UMNO benci UMNO dalam PRU12 lepas dan beberapa negeri tumbang ke tangan pembangkang.
ii. Kenapa pengundi benci BN hingga majoriti kurang.
iii. Bagaimana cara dekati pengundi muda.

Sebagai Ketua Pemuda, secara spesifik kita telah ditugaskan menggalas tugasan perkara yang ketiga, iaitu bagaimana mendekati golongan muda.

Seperti penggal lalu, untuk operasi menghadapi PRU12, pemuda akan meneruskan usaha menambah ahli UMNO dan program daftar pemilih bersama Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) secara khusus menyasar kepada pengundi baru.

Kedua-dua program ini diteruskan dengan suntika elemen-elemen baru. Penggunaan ICT adalah medium tambahan yang akan digunakan untuk berkomunikasi secara dua hala dengan golongan muda. Medium ini bukan sekadar dapat meliputi golongan muda dalam kawasan, tapi juga golongan muda di luar negeri dan negara. Namun demikian, amalan turun padang bertemu ahli muda di pelusuk kampung masih menjadi gerakan utama bagi mengenalpasti permasalahan sebenar di peringkat akar umbi.

Dalam mesyuarat pertama ini Ketua Bahagian telah menyatakan cabaran utama UMNO Sepanggar ialah menghadapi saingan SAPP. Rata-rata menyatakan bahawa Sepanggar adalah kubu utama SAPP kerana kerusi Parlimen dikuasai oleh SAPP dan presiden SAPP juga mempunyai pengaruh luas di kawasan ini.

Untuk itu, tumpuan harus diberikan untuk memenangi kepercayaan rakyat bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga kepada BN. Dengan menjadi agen yang berkesan kepada kerajaan maka UMNO Sepanggar mampu menggalas amanah tersebut. Insya Allah.



18 comments:

  1. Apa2 pun aku sentiasa sokong btoe...;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara joe...

    Terlebih dulu tahniah diucapankan kerana membangunkan blog ni,,sekurang2nya ada juga tempat rujukan pemuda sepanggar bekenaan dgn aktiviti KP.....

    Cadangan saya kalo bole masukkan sekali senarai AJK pemuda Sepanggar supaya senang ahli umno khusus nya Pemuda Umno sepanggar mengenali mereka( pemuda diluar sana ramai yg x kenal)..ibarat kata pepatah "tak kenal makan tak cinta"...ehehehehhe

    Akhir sekali saya berbangga sebagai ahli umno kerana Kg.Darau Laut(kg.saya tu) dipilih sebagai Venue utk Mesyuarat Bahagian yg pertama....(walaupun wording utk sepanggar tertinggal 1 huruf...eheheheehehe..ngantuk ba bos..)

    Tahniah sekali lagi,,teruskan perjuangan untuk bangsa agama dn negara..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada kepimpinan baru UMNO bahagian Sepanggar... Bolg ni merupakan "Good Platform" untuk kongsi perkembangan UMNO terutamanya Pemuda... Syabas bos, dan kami akan terus menyokong...

    **payau**

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Kini saya perlu luangkan sedikit masa untuk update blog ini setiap hari untuk memenuhi permintaan semua pembaca.

    Cadangan 'pemuda Datau' telah saya penuhi dalam artikel JAWATANKUASA PEMUDA SEPANGGAR 2008-2011.

    Dan saya harap 'payau',pemuda darau dan kakak akan terus melayari kpsepanggar untuk menghantar komen.

    ReplyDelete
  5. Tahniah kepada semua yang menang....Saya yakin dan percaya jawatankuasa yang baru ini akan membawa perubahan ke arah meningkatkan lagi kegemilangan UMNO Sepanggar. Syabas dan tahniah juga kepada Pemuda Sepanggar yang berjaya mewujudkan Blog ini....Sememang nya Pemuda Sepanggar BOLEH....

    Insyallah saya akan jadikan Blog ini sebagai santapan harian saya.....dan saya akan cuba menyumbang apa2 yang patut....Tahniah Joe...Jogo en bih Umno Sepanggar tu alap2

    Sekali lagi Syabas dan Tahnia

    Ikhlas

    Busmin Haji Brahim
    Bajau di perantauan hehehehe bukan jauh pun KL ni.

    ReplyDelete
  6. Saudara Busmin,

    Terima kasih kerana mengikuti kpsepanggar dan bersedia jadikan blog ini sebagai'santapan harian' di perantauan.

    Biarpun jauh di KL saudara masih lagi berkesempatan 'turun padang' melalui alam siber melalui blog ini.

    Saya harap saudara dapat menyumbang artikel dan ulasan.

    alap2 tak laat jomo.

    Salam perjuangan
    MJ

    ReplyDelete
  7. asalamualaikum sdra MJ

    Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah di atas keujudan blog ini, kerana ia boleh menjadi wadah penyalur idea dan kritikan bagi golongan bawahan ( akar umbi dalam istilah politik ) yang 'agak jauh' daripada sdra MJ ( terbiar mungkin ).Kerana mungkin selama ini sdra sibuk dengan kawan-kawan yang seklas dengan sdra (agaknyalah).

    Kedua, saya mengucapkan tahniah kepada sdra di atas kemenangan tanpa tanding kali kedua (rasa-rasanya), agak malang juga tidak ada pertandingan,sdra tidak dapat menguji sokongan akar umbi terhadap sdra. walau bagaimanapun kemenangan tetap kemenangan. Juga tahniah kepada Ajk yang menang semoga ajk kali ini boleh memberi sumbangan yang lebih baik dari sebelum ini( tak berapa tahu apa sumbangan pemuda sblum ini ).Harapan saya Pemuda sepanggar lebih fokas untuk mengotakan slogan perjuangan supaya tidak hanya menjadi retorik politik yang mengelikan lubang telinga. Tamat babak pertama akan di sambung...........

    wassalam


    kawan lu
    Kebagu

    ReplyDelete
  8. Saudara 'kawan lu' dari Kebagu,

    Terima kasih atas keperihatinan saudara menjengah ke dalam blog ini. Ini menunjukkan saudara memberi perhatian terhadap pemuda umno sepanggar.

    Saya harap saudara akan terus memberikan pandangan untuk dikongsi bersama rakan lain. Memang tidak dapat dinafikan tuntutan tugas agak berat, lebih-lebih lagi tugasan Setiausaha Pemuda Negeri yang melibatkan pentadbiran Badan Perhubungan Pemuda UMNO Sabah.

    Soal hubungan renggang dengan pemuda akar umbi kerana pergaulan dengan rakan seklas sahaja tidak benar. Bagi saya tiada sistem kasta dalam pemuda UMNO. Saya bersedia menerima pandangan dari sesiapa, samada dalam bentuk kritikan atau cadangan. Janjinya, lontaran pendapat itu boleh membina generasi pemuda UMNO yang hebat. Lagipun jawatan Ketua Pemuda ni tidak seklas manapun.. Ia hanya satu amanah. Mungkin juga saya agak 'kecil' untuk menggalas tanggungjawab tersebut, tetapi percayalah saya tetap optimis bahawa dengan bantuan saudara dan rakan-rakan lain "KITA BOLEH LAKUKANNYA"

    Apapun saudara, saya dapat rasakan bahawa saudara adalah salah seorang yang telah meletakkan saya 'di sini'. Bukan sekadar meletakkan saya ke jawatan KP tetapi lebih dari itu. Saya tidak lupa jasa saudara.

    Rakan yang baik akan muncul ketika rakannya lemah. Harap saya akan bertemu saudara di luar dunia maya.

    tingot nu serita torong jambatan?

    MJ
    Kebagu

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sdra MJ

    salam pertemuaan buat kali ke2.Terima kasih atas ulasan sdra berkaitan dgn tulisan saya yg lalu. Saya amat terharu dan menghargai sifat rendah diri sdra yang tdk berubah sejak saya mengenali sdra. Walau bagaimanapun saya bukanlah seorang yang suka memuji utk kepentingan diri, tetapi lebih suka mengkritik utk kepentingan bersama.

    Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang pemilihan yang lalu.


    Bila gelanggang di buka, maka bergeraklah kawan2 yang bertanding pelbagai jawatan
    ( jawatan yg mereka rasakan satu peluang utk mendapatkan 'sesuatu' agaknya- bukan semua )
    mencari perwakilan terutama ketua Pemuda (kp)Cawangan, pelbagai cerita menarik dan membosankan keluar dari mulut mereka utk menarik sokongan ( seronok juga melihat gelagat mereka - time ni kedai Mamak paling meriah kerana dipenuhi perwakilan dan calon, yg seronok mapley juga).Ketika itu di maklumkan bahawa jawatan KP tdk di pertandingkan atas dasar 'kesepakatan'
    ( biasalah dalam UMNO- ada pemilik agaknya).

    Sepanjang kempen yang memakan masa yang agak lama itu, saya tidak pernah nampak kalibat sdra apa-apa aktiviti kempen yang dianjurkan oleh konco-konco sdra(mengikut pengakuan mereka). Mungkin sdra terlalu 'sibuk'(tak tahulah)atau sudah terlalu selesa dengan kemenangan tanpa tanding tersebut (agaknya), sehinggalah pada tarikh pemilihan sdra muncul dgn 'segaknya', seterusnya memberi ucapan yang berapi2 (salinan ucapan ada di blog ini)yang mengariskan beberapa plan yang entah akan dapat diperjuangkankah atau hanya retorik politik (utk memukau hadirin-mungkin). Harap2 ia(ucapan sdra) dapat sdra perjuangkan (insyaallah), kerana setahu saya sdra adalah seorang pejuang yang mengotakan apa yang dikata. tamat babak ke2

    Semua ini adalah catatan pengalaman yang saya lalui sepanjang pemilihan yang lalu. tak lebih mungkin kurang.

    Alap bana ta torong jumbatan kebagu kemoap-kemoap ngenda jomo ngudang2. kirim salam ta jawa,awi,mani,ma nik .......

    sekian

    kawan lu
    kebagu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum WBT 'Kawan lu',

    Di sekeliling kita tidak kurang pujian atau kritikan. Soalnya, adakah pujian dan kritikan itu menguatkan kita jika ia hanya pujian dan kritikan semata tanpa ada susulan 'tindakan' yang membantu melaksanakan apa yang dipuji atau dikritik?

    Pujian muncul bila kita dirasakan melakukan sesuatu manfaat pada si pemuji atau masyarakatnya. Si pemuji mengharapkan agar manfaat akan berterusan mereka perolehi.

    Manakala kritikan muncul bila sesuatu yang dilakukan kurang atau tidak mendatangkan manfaat kepada si pengkritik atau masyarakatnya. Maka itu ia perlu mengkritik agar sesuatu perkara perlu diubah untuk mengalihkan manfaat kepada pihaknya.

    Sebab itu saya katakan, saya mengalu-alukan KOMEN samada ia merupakan pujian atau kritikan. Komen inilah yang akan memandu saya dan jawatankuasa merangka rancangan dan mengaji semula rancangan tersebut dalam setiap tindakan untuk disesuaikan dengan kehendak semasa golongan sasar.

    Berkenaan kelibat saya tidak ada semasa tempoh mesyuarat cawangan, tidak benar. Selain merasmikan cawangan-cawangan pemuda saya juga turun menjalankan tugas merasmikan beberapa cawangan induk.

    Cuma saya akui tidak turun ke cawangan untuk meraih sokongan mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda. Semuanya saya serahkan pada cawangan samada mahu mengekalkan saya atau tidak. Saya faham maksud 'kesepakatan', tetapi itu bukan faktor utama tidak ada pertandingan. Sebab saya telah katakan bahawa saya serahkan pada akar umbi menentukan. Jika pada masa itu benar-benar ada individu yang mahu menawarkan diri maka pertandingan pasti akan berlaku. Saya tidak boleh halang perkara tersebut. Saya mengambil tindakan sedemikian kerana saya masih percaya pada keikhlasan rakan-rakan dan dengan apa yang saya buat selama penggal lalu.

    Bagi saya tidak ada istilah 'selesa' dalam politik UMNO. Sentiasa ada perkara dan perkembangan terbaru. UMNO bergerak pantas dan dinamik. Sebab itu UMNO masih relevan dalam memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam. Orang yang bersedia menerima sebarang jawatan dalam UMNO adalah orang yang bersedia menerima 'kesibukan' dalam hidupnya. Soal dia ada maksud di sebaliknya, itu urusan personal. Yang penting terima amanah perlu ikhlas.

    Untuk makluman saudara, sibuk semasa kempen mendapatkan jawatan tidak bermakna jika setelah mendapat jawatan individu tersebut tidak mahu sibuk menjalankan tugas. Inilah sebabnya kadang-kadang sebuah organisasi itu lemah.

    Apapun saya yakin jawatankuasa saya akan tunaikan janji mereka membantu saya meneruskan perjuangan yang saya garapkan dalam plan pengukuhan UMNO.

    Salam perjuangan,

    MJ
    *sanang-sanang nengkook kitei tak kadei kupi. Tapi mau memia kadei sama.. sukup nu tak kadei mapley masa kempen.

    ReplyDelete
  11. Salam Bro MJ.....

    Yang lepas tu agaknya kita perlu jadikan sempadan...itu kalau benda yang tak baik...tapi mana2 perkara yang baik tu kita jadikan tauladan. Memang mungkin ada sedikit kebenaran kalau dikatakan bro MJ di zaman2 sebelum ini agak kurang menonjol ( kurang segalanya termasuk duit, hehehe )namun saya secara peribadi memaafkan beliau kerana saya tahu beliau cuma makan gaji dengan gaji yang tidak seberapa ( setakat yg saya tahu la...org bilang duit di bank tidak pandai bercakap ). Sebagai penjawat Ketua Pemuda, poket mesti penuh la bro...kalau takat cakap dengan air liur...ngudang2 lagi alap. Namun dari risik2,...zaman ni poket bro MJ ni sudah berisi, lagi pun untuk menganjurkan program perlu kebijaksanaan untuk mengembeling peruntuk jabatan2 kerajaan yg ada kaitan dengan generasi muda. Orang bilang belanja program tu 'tong-tong' la,..buat kerjasama 'menang-menang.

    Alah bro MJ..kau pandai2 la....siapa suruh kau jadi Ketua Pemuda..hehehehehhe gurau jak..kami golongan marhain ni akan senantiasa membantu dimana yang termampu.

    Mulai hari ini aku akan guna nama samaran ini..

    ikhlas,


    myhalimunan

    ReplyDelete
  12. Saudara myhalimunan,

    Hahaha..Hmmm, kalau setakat poket berisi, tidak payah jadi KP, ngudang-ngudang pun boleh berisi. Laut Kebagu masih luas.

    Ini soal kehadiran kita dalam mewakili masyarakat. Ada teras yang perlu diutamakan.

    Saya terima pendapat saudara bahawa yang lepas adalah pengajaran. Saya harap akan datang kita ke depan. Ada saudara saya rasa kuranglah beban...tong-tong bah kita. saya percaya Ketua Bahagian baru kita InsyaAllah akan bantu.

    InsyaAllah saudarapun boleh isi poket, janji teruskan usaha. Semua orang berpeluang asalkan BN terus memerintah. Amin.

    MJ

    ReplyDelete
  13. Salam Perjuangan Sahabat,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Pemuda UMNO BAHAGIAN SEPANGGAR dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

    Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

    Sekian,

    HIDUP UMNO. HIDUP BN...

    Ikhlas dari,
    Shamsury Mohd Salleh
    Ketua Penerangan UMNO merangkap blogger
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

    ReplyDelete
  14. ~dari pandangan mata seorang puteri~
    saya melihat potensi untuk kemenangan bagi pihak Barisan Nasional memang ada. ini dikuatkan lagi dengan peratusan pengundi bagi N. 12 Karambunai, etnik Melayu hampir mencecah 70%. dan hampir 40% di N.13 Inanam. Selama ini, dari pengamatan saya, UMNO khususnya terlalu menyanjung semangat ke "BARISAN NASIONAL"an. Namun ada "kawan" yang lain cuba dan ada yang telah memungkiri..
    saya berpendapat dengan adanya aktiviti yang berteraskan "grassroot" yang lebih banyak, tidak mustahil, BN dan khususnya UMNO terus diterima oleh masyarakat dan pengundi di Sepanggar. Insyaallah.

    *sama-sama berjuang untuk membalas budi generasi terdahulu dan menjaga UMNO bagi generasi akan datang

    ReplyDelete
  15. saya tidak suka beberapa pemuda umno sepanggar...
    masa ada event atau aktiviti,barula pura2 mesra kunun.......tp bila tjmpa atau terserempak di kk atau bandar,buat2 mcm tak pernah kenal...padahal tggl 1 kampung pun.....
    pemuda begini ka yg kita mau harapkan??
    masuk pemuda,tanding jawatan hanya utk dapatkan projek....pastu pakai kereta besar2...ishhh2....
    rosak pemuda klu mcm ni....ibarat kerana setitik nila,susu sebelangga rosak......wallahulam...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum saudara joh, terlebih dahulu saya mendoakan agar sdr dan para barisan ajk pemuda di panjangkan usia dan kesihatan oleh Allah SWT. Dalam kita meniti yakni mengemudi barisan kepimpinan kita haruslah berwawasan jauh penuh dengah keyakinan, berpandangan luas, berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti ketewasan, tanpa membeza-bezakan dan seterusnya bermuhasabah diri, jika ini di ikuti saya percaya kejayaan hakiki menanti di hadapan. percayalah.... coretan pemuda kg Jalan Pasir

    ReplyDelete
  17. A'kum saudara MJ, saya ingin bertanya dengan saudara, berapa benyak kah cawangan UMNO di N.13 Inanam dan berapa ramai ahli?

    ReplyDelete
  18. benar seperti kata abraham lincoln,berikan kuasa kepada seorang lelaki untuk melihat siapa dirinya.selagi kita masih bernama manusia khilaf dalam perbuatan dan perancangan adalah lumrah.tapi baiki diri dari kesilapan lalu.pemimpin yg baik ialah mereka yg sedia untuk dipimpin

    ReplyDelete