Wednesday, December 3, 2008

HARGA MINYAK dan HARGA BARANG

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera,

Menjelang tengah malam 4 Jun 2008 lalu kita dikejutkan oleh situasi yang menggemparkan negara apabila semua stesen minyak diserbu oleh kenderaan berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak. Kerajaan mengambil keputusan menyelaraskan harga minyak di negara kita dengan harga pasaran dunia di samping penstrukturan semula pemberian subsidi.

Secara ringkas saya paparkan jadual ini:

Harga RM1.92 + RM0.70 = RM2.70
Petrol
(1 liter)

Harga RM1.58 + RM1.00 = RM2.58
Diesel
(1 liter)

Ekoran daripada itu, harga barang lainpun turut naik. Dari harga barangan, perkhidmatan dan juga caj elektrik. Kesan dari kenaikan harga barang keperluan dan pelbagai perkhidmatan ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat seperti insetif RM200 dan subsidi minyak untuk nelayan, bil elektrik percuma kepada pengguna di bawah RM20 sebulan dan lain-lain lagi bagi meringankan beban rakyat.

Masa tu parti pembangkang gunakan situasi tu untuk meraih sokongan rakyat. Mereka mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional kejam. Kononnya jika mereka yang memerintah harga minyak akan diturunkan dari RM2.70 ke RM2.00 seliter(tapi harga ni masih mahal dari harga asal RM1.92).

Saudara pembaca sekalian,
Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen yang merupakan pengurangan kali kelima sejak Ogos lalu.

Langkah itu membolehkan harga petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter, manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Bagaimana pula dengan harga barang keperluan utama? Saya ambil contoh harga beras di pasaran sebelum kenaikan harga dan selepas;

Saza Rise Roda Super
(10 kilo) RM26.99 + RM24.99 = RM51.98

Saza Rise Roda AA RM19.90 + RM11.09 = RM30.99
(10 kilo)

Beranikah pemimpin parti pembangkang 'bersuara' mendesak peniaga menurunkan harga beras menjadi lebih murah dari harga sebelum kenaikan harga minyak sepertimana kesudian kerajaan menurunkan harga minyak menjadi lebih murah dari harga sebelumnya?

Akhir sekali saya berharap semua peniaga dapat menyeseuaikan harga barangan jualan dan perkhidmatan mereka dengan situasi semasa. Bantulah kerajaan menjayakan KEMPEN TURUN HARAGA untuk keselesaan hidup rakyat. Saya percaya kerajaan dapat menangani situasi ini. Terima kasih BN.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Brother Joh, Tahniah atas usaha memulakan blog ini. Semoga blog ini dapat membantu dalam perjuangan saudara.

    Parlimen Sepanggar kini diwakili oleh YB 'BEBAS' so peranan Saudara dan rakan-rakan menjadi semakin penting dalam memperjuangkan nasib rakyat di Sepanggar. Saya berdoa agar next term kerusi Parlimen Sepanggar akan diserahkan kepada UMNO.

    Tahniah juga atas kejayaan mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO Sepanggar.

    Kini saya menanti penuh debaran siapa yang akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Sabah.

    Salam.

    Aris Arapa

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua pemuda yang berjaya dipilih oleh perwakilan. Saudara KP teruskan perjuangan semoga mendapat apa yang sepatutnya. Usaha tu kan berjaya jika....

    ReplyDelete