Thursday, December 11, 2008

SELAMATKAN ADIK NEOWELL, JADIKAN DERMA DARAH SATU AMALAN BERTERUSAN

Mohd Joh ketika menderma darah di Hospital Likas Kota Kinabalu dalam kempen mengumpul darah untuk menyelamatkan adik Neowell Mussley.


Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, kami turut merasa simpati dengan nasib yang menimpa adik Neowell Mussley, 6 tahun yang kini sedang menderita mengidap penyakit Thallasemia(seperti yang dipaparkan di surat khabar tempatan bertarikh 11 Disember 2008)

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah akan turut menyahut harapan keluarga adik Neowell agar orang ramai tampil untuk membantu. Untuk itu saya berharap orang ramai khususnya ahli Pemuda UMNO di Negeri Sabah tampil di semua pusat menderma darah di seluruh negeri Sabah, terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu agar terus ke Hospital Likas Kota Kinabalu untuk membantu.

Keprihatinan orang ramai sangat diperlukan untuk menyelamatkan adik Neowell. Sesungguhnya dia masih punya harapan untuk diselamatkan. Tetapi usaha ini perlukan kerjasama dari orang ramai. Kini adik Neowell memerlukan kita untuk memberi harapan kepadanya untuk terus hidup.

Saya percaya rakyat Malaysia di negeri Sabah sedia membantu adik Neowell.

Selain adik Neowell, terdapat lebih dari 300 orang lagi pesakit yang memerlukan rawatan bulanan di Hospital Likas Kota Kinabalu(tidak termasuk haspital lain di seluruh Sabah). Setiap pesakit memerlukan tidak kurang dari 1 pain darah setiap bulan. Ini bererti di Hospital Likas sahaja, para pengidap pesakit ini memerlukan 300 lebih pain setiap bulan. Ini menunjukkan bahawa usaha menderma darah perlu diteruskan bagi menampung keperluan tersebut. Usaha ini bukan hanya perlu dilakuakn apabila ada keperluan kecemasan seperti ini.

Ini tidak termasuk keperluan darah bagi unit bersalin dan unit otopedik. Bagi kes seorang ibu bersalin adakalanya memerlukan sehingga 25 pain darah manakala bagi kes pembedahan bergantung pada saiz pembedahan yang dilakukan. Oleh itu saya menggalakkan orang ramai yang sihat dan berkemampuan berbuat demikian menjadikan aktiviti derma darah ini satu amaln setiap 3 bulan. Bermakna seorang individu boleh melakukan derma 3 kali setahun.


Saya mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan insentif atau penghargaan kepada penderma darah yang aktif. Tidak rugi memberikan penghargaan tersebut kerana usaha mereka itu boleh mengembalikan harapan kepada individu yang memerlukan untuk terus hidup. Ini bermakna mereka telah menyumbang terhadap keharmonian rakyat. Sebagai penghargaan kepada penderma aktif ini saya mencadangkan agar penganugerahan sekurang kurangnya Bintang Kinabalu(BK) diberikan. Bintang Kinabalu dikurniakan kepada seseorang yang telah berjasa kepada negeri Sabah dengan cemerlang dan penuh taat setia dengan kebolehan istimewa. Kriteria ini rasanya telah menepati kelayakan penganugerahan bintang tersebut . Tetapi istilah 'penderma aktif' perlu diperincikan bagi menentukan berapa kalikah penderma harus menderma sebelum layak dianugerahkan BK.

Sekali lagi saya mengajak orang ramai agar tampil membantu

"SATU TITIS, SATU NYAWA"

1 comment:

  1. assalamualaikum joh, sekarang ko sudah aktif politik pula ya. Tahniah. Apa-apa hal, aku masih di KL - Universiti Malaya. Panjang umur jumpa lagi kita.

    Salam,
    Lenny
    www.daribawahbayu.blogspot.com

    ReplyDelete