Sunday, October 11, 2009

WAKIL JURUCAKAP PEMUDA UMNO SABAH


Salam kepada pembaca budiman.

Saya akan mewakili Pemuda UMNO Negeri Sabah membahas ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang akan berlangsung di Putra Worl Trade Centre(PWTC) pada 14 Disember 2009 ini.

Di antara perkara yang saya akan bangkitkan dalam ucapan saya ialah:

  • Sabah dalam arus perdana politik nasional
  • Sabah sebagai 'Simpanan Tetap BN'
  • Sabah adalah 'Wajah Sebenar 1Malaysia'
  • Pindaan Perlembagaan dan politik pemuda
  • Pentingnya penghayatan terhadap Rukun Pemuda ke-5 iaitu 'BERSATU'
Semoga suara Pemuda UMNO Sabah dalam perbahasan tahun ini akan mendapat perhatian dalam memastikan pembelaan terhadap rakyat Sabah terus menjadi agenda terpenting kerajaan.

Mohon restu daripada pembaca sekalian agar saya diberikan keyakinan dan kekuatan menyampaikan ucapan dalam perbahasan tersebut.

Terima kasih.

2 comments:

  1. Tahniah sdra ku,

    Cadangan menggilirkan persidangan disetiap negeri yg sdra usulkan saya posting dalam sekali ketuk. Nampaknya idea itu mendapat respon yg baik dan positif.

    Selamat berjuang

    ReplyDelete
  2. Salam bang, tahniah di ucapkan. Teruskan perjuangan dalam membela masyarakat Malaysia khusunya Sabah.

    ReplyDelete