Monday, January 26, 2009

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2009
GONG XI FA CAI
May The New Year Bring Peace, Prosperity and Happiess
From:
MOHD JOH HJ WID
and
FAMILY

Thursday, January 8, 2009

EKONOMI DUNIA- Siapa Yang Terjejas?

Siapakah yang sebenarnya yang terjejas secara langsung akibat krisis ekonomi dunia yang dihadapi sekarang ini? Adakah;

1. Orang kampung yang bekerja sebagai nelayang dan petani?

2. Kakitangan awam dan swasta?

3. Peniaga kecil-kecilan?

4. Kontraktor dan pembekal?

5. Syarikat dan korporat besar?

Dalam komposisi penduduk negara kita bilangan yang ramai ialah golongan 1 dan 2 iaitu nelayan, petani dan pekerja yang makan gaji.

Tidak dapat dinafikan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini akan memberi tempias kepada semua pihak. Bezanya, pihak manakah yang akan terjejas 'secara langsung' sehingga impaknya ketara kelihatan seterusnya mengubah struktur operasi harian.

Turun naik ekonomi, hasil tangkapan nelayan dan tanaman petani tetap sama, mungkin meningkat seiring dengan kehendak memenuhi keperluan pengguna yang semakin bertambah. 

Bilangan tangkapan dan hasil tanaman serta keperluan makanan setiap isi rumah tidak kenal kesan ekonomi. Dalam keadaan sempit macam manapun, rakyat pasti akan kekalkan nisbah makanan harian, malah bertambah jika isi rumah bertambah dengan kadar kelahiran yang semakin meningkat.

Begitu juga dengan kakitangan awam yang bekerja dengan kerajaan. Mereka akan tetap menerima gaji yang sama dan menikmati kenaikan tahunan tidak kira ekonomi dunia naik atau turun. Begitu juga kakitangan swasta, gaji tidak turun, mungkin jika syarikat itu terjejas teruk, ia akan tutup. Tapi jumlah yang termasuk dalam kes ini tidak ramai.

Kesan ekonomi dunia ini hanya membebankan secara langsung pihak kerajaan dan syarikat korporat besar.

Rakyat di kampung tidak faham apa yang sebenarnya maksud 'kejatuhan ekonomi' ini. Bagaimana sistem kewangan dan pasaran saham jatuh merudum.

Contohnya semasa kenaikan harga minyak pada tahun lepas sehingga ke paras RM2.70 seliter (kini telh turun ke RM1.80 seliter), rakyat di kampung sebenarnya tidak kisah sangat tentang kenaikan harga minyak tersebut. Apa yang mereka khuatiri ialah jalan kampung mereka yang teruk. 

Bagi mereka jika jalan itu baik mereka tidak perlu menggunakan minyak dengan banyak. Bererti mereka lebih memerlukan jalan perhubungan yang baik dari turun naik harga minyak.

Ini bermakna, rakyat tidak perlu phobia sangat dengan 'ekonomi dunia jatuh', perkataan yang popular di media masa.

Apa yang berlaku dengan menghangatkan berita 'harga minyak naik' dan 'ekonomi dunia jatuh' ini akan dijadikan alasan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mencelah ruang untuk mengaut keuntungan. Ini sebenarnya yang menjejaskan rakyat. Mereka akan menimbulkan pelbagai spekulasi yang membawa kepada penderitaan rakyat secara tidak langsung.

Walaupun demikian, teori mudah untuk menghadapi situasi ini, atau dalam apa jua keadaan dan apa juga pekerjaan kita, TABUNGAN KELUARGA atau PERIBADI perlu diutamakan bagi menghadapi situasi keperluan yang mendesak. Jika tidak mempunyai tabungan, situasi ekonomi baik dan makmur pun kita bisa pening. 

TiNGKATKAN AMALAN MENABUNG

Sekian.

MJ

Wednesday, January 7, 2009

MAAF, KOMPUTER TERJANGKIT VIRUS. SELAMAT TAHUN BARU

Saudara pembaca sekalian,

Lama tidak bersua dalam halaman ini. Banyak peristiwa terlepas sepanjang ketiadaan komputer, rosak terkena virus.

Saya terlepas ucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada semua rakan-rakan yang beragama Kristian, Hari Tahun Baru Hijrah 1430 kepada semua umat Islam dan Tahun Baru Masihi 2009 kepada semua rakyat Malaysia.

Biarpun sudah telewat saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapakan:

SELAMAT HARI NATAL

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1430

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Semoga tahun bar ini kita mendapat apa yang dihajati.

Salam dari saya,

JOH WID

Sunday, December 14, 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KAFA KG. NUMBAK

Bacaan Ayat-ayat Lazim oleh pelajar yang telah tamat belajar membaca Al-Quran


Mohd Joh Hj Wid menyampaikan sijil KAFA kepada pelajar yang telah tamat belajar membaca Al-Quran


Penyampaian cenderamata oleh Sdra Shamsuddin Nordin, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Sepanggar sesi 2008-2011

Penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan kepada salah seorang pelajar oleh Sdra Mahmor Hj Mohd Salleh, mantan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Sepanggar 2004-2008

Seramai 11 orang pelajar telah menamatkan pengajian kelas KAFA Kg. Numbak Menggatal yang telah saya rasmikan pada 14hb Disember 2008, jam 9.00 pagi di perkarangan Masjid Kg. Numbak Skim Penempatan Ko-Nelayan.

Tahniah kepada pelajar terlibat serta ibu bapa masing-masing serta guru-guru KAFA Kg. Numbak.

Saya tiba jam 8.15 pagi bersama kedua ibu bapa saya dengan diiringi Pengerusi Biro Agama dan Mantan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Sepanggar iaitu Saudara Shamsuddin Nordin dan Mahmor Hj Mohd Salleh. Ketibaan kami disambut pukulan kompang dan ibu bapa pelajar.

Saya pasti mendapat jemputan majlis khatam Al-Quran dari KAFA Kg Numbak setiap tahun. Saya kagum dengan kesungguhan guru-guru dan ibu bapa yang dipengerusikan oleh Encik Aliatab Hj Sain. Setiap tahun tidak kurang dari 10 orang yang menamatkan pelajaran mereka di kelas ini.

Bagi menghargai kesungguhan mereka, saya telah mengambil kelas KASFA Kg Numbak sebagai kelas KAFA angkat saya. Saya akan menaja program ini sepanjang sesi perkhidmatan saya sebagai Ketua Pemuda bagi sesi 2008-2011.

Penghargaan kepada adik:

Asmida Jimat
Mohd Zulfikri Aliatab
Nadia Marcelino
Norasalinda Azman
Norazirah Hussin
Noor Layla Fahmi
Nurul Afiza Adis
Nurul Hasmidah Jamasin
Sabri Aldene
Siti Khadijah Willy
Suzila Junaidi

Semoga bacaan Al-Quran akan menerangkan hati mereka untuk kejayaan dunia dan akhirat. Amin

Thursday, December 11, 2008

SELAMATKAN ADIK NEOWELL, JADIKAN DERMA DARAH SATU AMALAN BERTERUSAN

Mohd Joh ketika menderma darah di Hospital Likas Kota Kinabalu dalam kempen mengumpul darah untuk menyelamatkan adik Neowell Mussley.


Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, kami turut merasa simpati dengan nasib yang menimpa adik Neowell Mussley, 6 tahun yang kini sedang menderita mengidap penyakit Thallasemia(seperti yang dipaparkan di surat khabar tempatan bertarikh 11 Disember 2008)

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah akan turut menyahut harapan keluarga adik Neowell agar orang ramai tampil untuk membantu. Untuk itu saya berharap orang ramai khususnya ahli Pemuda UMNO di Negeri Sabah tampil di semua pusat menderma darah di seluruh negeri Sabah, terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu agar terus ke Hospital Likas Kota Kinabalu untuk membantu.

Keprihatinan orang ramai sangat diperlukan untuk menyelamatkan adik Neowell. Sesungguhnya dia masih punya harapan untuk diselamatkan. Tetapi usaha ini perlukan kerjasama dari orang ramai. Kini adik Neowell memerlukan kita untuk memberi harapan kepadanya untuk terus hidup.

Saya percaya rakyat Malaysia di negeri Sabah sedia membantu adik Neowell.

Selain adik Neowell, terdapat lebih dari 300 orang lagi pesakit yang memerlukan rawatan bulanan di Hospital Likas Kota Kinabalu(tidak termasuk haspital lain di seluruh Sabah). Setiap pesakit memerlukan tidak kurang dari 1 pain darah setiap bulan. Ini bererti di Hospital Likas sahaja, para pengidap pesakit ini memerlukan 300 lebih pain setiap bulan. Ini menunjukkan bahawa usaha menderma darah perlu diteruskan bagi menampung keperluan tersebut. Usaha ini bukan hanya perlu dilakuakn apabila ada keperluan kecemasan seperti ini.

Ini tidak termasuk keperluan darah bagi unit bersalin dan unit otopedik. Bagi kes seorang ibu bersalin adakalanya memerlukan sehingga 25 pain darah manakala bagi kes pembedahan bergantung pada saiz pembedahan yang dilakukan. Oleh itu saya menggalakkan orang ramai yang sihat dan berkemampuan berbuat demikian menjadikan aktiviti derma darah ini satu amaln setiap 3 bulan. Bermakna seorang individu boleh melakukan derma 3 kali setahun.


Saya mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan insentif atau penghargaan kepada penderma darah yang aktif. Tidak rugi memberikan penghargaan tersebut kerana usaha mereka itu boleh mengembalikan harapan kepada individu yang memerlukan untuk terus hidup. Ini bermakna mereka telah menyumbang terhadap keharmonian rakyat. Sebagai penghargaan kepada penderma aktif ini saya mencadangkan agar penganugerahan sekurang kurangnya Bintang Kinabalu(BK) diberikan. Bintang Kinabalu dikurniakan kepada seseorang yang telah berjasa kepada negeri Sabah dengan cemerlang dan penuh taat setia dengan kebolehan istimewa. Kriteria ini rasanya telah menepati kelayakan penganugerahan bintang tersebut . Tetapi istilah 'penderma aktif' perlu diperincikan bagi menentukan berapa kalikah penderma harus menderma sebelum layak dianugerahkan BK.

Sekali lagi saya mengajak orang ramai agar tampil membantu

"SATU TITIS, SATU NYAWA"

Tuesday, December 9, 2008

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU DAN KERBAU KORBAN UMNO BAHAGIAN SEPANGGAR

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Encik Jumat Hj. Isris menyampaikan simbolik penyerahan binatang korban kepada ayahanda saya KK Hj. Wid Musi selaku Ketua Cawangan Kg. Kebagu sambil disaksikan oleh
Yakub Khan dan Puan Hajah Zaitun Datuk Hj. Kassim

Wednesday, December 3, 2008

HARGA MINYAK dan HARGA BARANG

Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera,

Menjelang tengah malam 4 Jun 2008 lalu kita dikejutkan oleh situasi yang menggemparkan negara apabila semua stesen minyak diserbu oleh kenderaan berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak. Kerajaan mengambil keputusan menyelaraskan harga minyak di negara kita dengan harga pasaran dunia di samping penstrukturan semula pemberian subsidi.

Secara ringkas saya paparkan jadual ini:

Harga RM1.92 + RM0.70 = RM2.70
Petrol
(1 liter)

Harga RM1.58 + RM1.00 = RM2.58
Diesel
(1 liter)

Ekoran daripada itu, harga barang lainpun turut naik. Dari harga barangan, perkhidmatan dan juga caj elektrik. Kesan dari kenaikan harga barang keperluan dan pelbagai perkhidmatan ini, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kepada rakyat seperti insetif RM200 dan subsidi minyak untuk nelayan, bil elektrik percuma kepada pengguna di bawah RM20 sebulan dan lain-lain lagi bagi meringankan beban rakyat.

Masa tu parti pembangkang gunakan situasi tu untuk meraih sokongan rakyat. Mereka mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional kejam. Kononnya jika mereka yang memerintah harga minyak akan diturunkan dari RM2.70 ke RM2.00 seliter(tapi harga ni masih mahal dari harga asal RM1.92).

Saudara pembaca sekalian,
Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen yang merupakan pengurangan kali kelima sejak Ogos lalu.

Langkah itu membolehkan harga petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter, manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Bagaimana pula dengan harga barang keperluan utama? Saya ambil contoh harga beras di pasaran sebelum kenaikan harga dan selepas;

Saza Rise Roda Super
(10 kilo) RM26.99 + RM24.99 = RM51.98

Saza Rise Roda AA RM19.90 + RM11.09 = RM30.99
(10 kilo)

Beranikah pemimpin parti pembangkang 'bersuara' mendesak peniaga menurunkan harga beras menjadi lebih murah dari harga sebelum kenaikan harga minyak sepertimana kesudian kerajaan menurunkan harga minyak menjadi lebih murah dari harga sebelumnya?

Akhir sekali saya berharap semua peniaga dapat menyeseuaikan harga barangan jualan dan perkhidmatan mereka dengan situasi semasa. Bantulah kerajaan menjayakan KEMPEN TURUN HARAGA untuk keselesaan hidup rakyat. Saya percaya kerajaan dapat menangani situasi ini. Terima kasih BN.